Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, mengesahkan pelepasan Dr Mohamad Khir Toyo secara perintah parol adalah melalui syarat sama seperti banduan lain.

Menurut beliau, setiap banduan yang layak dari segi pemulihan, kesalahan, dan tempoh penjara seperti yang ditetapkan dalam Akta Penjara akan dipertimbangkan oleh Lembaga Parol.

Setelah dipertimbang dan diluluskan, perintah parol beserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi Orang DiParol akan dikeluarkan oleh Lembaga Parol.

"Orang DiParol masih terikat dengan baki tempoh hukuman yang perlu dijalani serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan ia bukan bermaksud pembebasan sepenuhnya.

"Banduan lain yang mendapat parol turut mengikut proses sama seperti  Khir Toyo." kata Zulkefli dalam satu kenyataan.

Semalam, Lembaga Parol telah meluluskan permohonan parol kepada bekas Menteri Besar Selangor untuk menjalani baki hukuman di luar penjara.


Dr Mohamad Khir, 50, dikenakan hukuman penjaran 12 bulan selepas menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007.

Artikel terdahulu:  Biodata Hafidz Roshdi

Biodata Hafidz Roshdi. Nama pelakon baharu, Hafidz Roshdi semakin menjadi sebutan selepas membintangi drama bersiri Tundukkan Playboy Itu yang kini bersiaran di Slot Akasia Tv3. Bagi yang masih belum tahu, Hafidz ini merupakan seorang lagi bakat muda yang dicungkil dari pertandingan Hero Remaja (HR) musim 2011/20012.

Walaupun Hafidz tewas kepada Fattah Amin, Hafidz yang turut bersaing dengan Syarul Ridzwan dan Syafiq Kyle, tidak putus asa mencuba nasib dalam industri hiburan tanah air.

Biodata Hafidz Roshdi

Nama Penuh: Muhammad Hafidz B. Roshdi

Tarikh Lahir: 13/11/1994

Umur: 22 Tahun (2016)

Pendidikan: OUM

Asal: Shah Alam

Pencapaian: Hero Remaja dengan Fattah Amin, Syarul Ridzwan dan Syafiq Kyle 2011/2012.

Drama: Baby Ana Milik Siapa, Kau Aku Kita, Aku Pilih Kamu, Tundukkan Playboy Itu

Laman Sosial:
 
1. Facebook Hafidz Roshdi - https://www.facebook.com/HafidzRoshdi
2. Instagram Hafidz Roshdi - https://www.instagram.com/hafidz.roshdi

Gambar Hafidz Roshdi pelakon Tundukkan Playboy Itu








Sultan Johor Beli Kapal Terbang Boeing 737-800. Selepas heboh diperkatakan tentang kononnya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar membeli pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737/800, pihak media cuba mengorek khabar angin tersebut dan ia dikatakan benar.

Pesawat itu dilaporkan dibeli dari Washington, Amerika Syarikatdan dibina dengan ciri istimewa (custom made) yang diminta oleh Sultan Johor.

Berdasarkan harga pesawat berserta ciri tambahan. Kapal terbang milk Sulta Johor ini berharga ebih RM400 juta (AS$96 juta)

Gambar yang tersebar di Facebook menunjukkan sebuah pesawat berwarna emas dan biru berserta bendara negeri Johor. Bukan setakat itu sahaja, kapal terbang yang mampu terbang selama 10 jam tanpa henti itu turut memiliki logo 'SI' yang merujuk kepada logo rasmi Sultan Ibrahim. 

Ciri-ciri kapal terbang milik Sultan Ibrahim

Ciri istimewa tersebut meliputi kerangka pesawat 737-700 generasi baru termasuk sayap kukuh, bahagian tengah badan pesawat dan gear pendaratan yang lebih besar dan lebih berat 737-800, dengan tiga hingga 10 perut tangki bahan api tambahan.



Ia dilaporkan memiliki enam layar LCD yang terpadu dalam bentuk glass cockpit. Pesawat ini menggunakan Glass Cockpit secara menyeluruh. Sistem Glass cockpit ini dipercayai akan menjadi trend bagi pesawat-pesawat baru. 

Bagaimanapun, pihak Istana Johor yang dihubungi enggan mengulas atau mengesahkan perkhabaran berkenaan.

sumber - siakap keli

Jeffri Ramli, Rakyat Malaysia di Ujibakat The Voice UK. Nama Jeffri Ramli (35) mungkin asing namun tidak lagi setelah beliau menghadiri uji program realiti The Voice UK 2016. Beliau telah menarik perhatian empat juri iaitu Will.I.Am, Paloma Faith, Boy George, dan Ricky Wilson.

Ketika ujibakat blind audition, Jeffri mendendangkan lagu Valerie dengan gaya yang tersendiri dan keempat-empat juri terpegun dengan persembahannya. Setelah mendapat tahu Jeffry berasal dari Malaysia, Will.I.Am tiba-tiba bertanya sama ada Jeffri tahu tarian tradisional Malaysia.

Pada awalnya Jeffri menunjukkan tarian zapin, namun Will.I.Am kemudian menunjukkan sedikit tarian dimaksudkannya. Jeffri mengatakan itu adalah tarian poco-poco yang berasal dari Indonesia.


Will.I.Am yang juga merupakan penyanyi dan penerbit serta pernah menganggotai kumpulan Black Eyed Peas begitu teruja tarian itu mengajak kesemua juri lain menari bersama di atas pentas sambil diiringi muzik lagu poco-poco.

Video ujibakat Jefri menjadi viral kerana siapa sangka selebriti terkenal dunia tahu dan berminat akan tarian poco-poco. Walaubagaimanapun Jeffri gagal mara ke pusingan seterusnya kerana tidak dipilih menjadi anak didik mana-mana juri ke blind audition berkenaan.

VIDEO: Jeffri Ramli dan Will.I.Am Menari Poco-Poco di The Voice UK



Jeffri berkelulusan dalam bidang kejuruteraan telah menetap di New Castle selama 13 tahun. Beliau yang turut meminati muzik K-Pop kini menjadkan nyanyian sebagai karier utamanya.

Sebelum ini Jeffri pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ITV X Factor UK 2014, serta menjadi Penyanyi Terbaik dalam KBS K-Pop World Festival 2014.

 
Senarai Exco Kedah Baru 2016. Seramai sembilan orang Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) telah mengangkat sumpah memperbaharui jawatan mereka di bawah pimpinan Menteri Besar Kedah yang baru dilantik, Datuk Seri Ahmad Bashah. 

Majlis angkat sumpah berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah. 

Senarai Exco Kedah Baru 2016

EXCO Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi - ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail 

EXCO Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Wanita - ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob

EXCO Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan - ADUN Tanjong Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain

EXCO Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Badan-Badan Bukan Kerajaan - ADUN Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim  
 
EXCO Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya - ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid

EXCO Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan - ADUN Belantik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah

EXCO Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Maklumat - ADUN Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor

EXCO Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan - ADUN Jitra, Aminuddin Omar

EXCO Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India, Kesihatan dan Perpaduan - ADUN Gurun, Datuk Dr Leong Yong Kong

 
GAMBAR Jersi Selangor 2016. Juara Piala Malaysia musim lalu, Selangor, hari ini melancarkan jersi terbaru bagi saingan Liga Malaysia musim ini. Pasukan yang dikenali dengan jolokan The Red Giants itu masih mengekalkan warna merah kuning bagi jersi utama (home) yang ditaja oleh Lotto.

Skuad The Red Giants memperkenalkan tiga jersi iaitu home, away, dan jersi ketiga. Kelainan yang dibawa pada jersi kali ini ada corak ala camouflage bagi jersi di gelanggang lawan dan ketiga.

GAMBAR Jersi Selangor 2016 





Harga Minyak Februari 2016. Seperti biasa, hari terakhir setiap bulan pihak kerajaan akan mengumumkan harga minyak bagi bulan berikutnya. Bagi Februari, harga runcit petrol RON95, RON97, dan diesel TURUN 10 sen, 20 sen, dan 25 sen.

RON 97 - RM 2.050/Litre
RON 95 - RM 1.750/Litre
Diesel - RM 1.350/Litre

Penurunan harga minyak ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia.