GAMBAR Sekitar Majlis Pertunangan Amyra Rosli dan Amar Baharin. Tahniah ducapkan buat pasangan popular Amyra Rosli dan Amar Baharin kerana telah mengikat tali pertunangan mereka semalam.

Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup ini berlangsung di Sunway Montana, Desa Melawati ini dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat. 

Pelakon drama Tersuka Tanpa sSengaja ini bakal berkahwin pada 12 November ini. Majlis persandingan pihak perempuan diadakan sehari kemudian dan juga pada 19 November bagi pihak lelaki. Walaubagaimanapun setakat ini tiada lokasi muktamad ditetapkan.

Majlis perkahwinan mereka juga bakal mendapat hak penyiaran khas dan akan ditayangkan secara langsung di Astro Ria.

GAMBAR Sekitar Majlis Pertunangan Amyra Rosli dan Amar Baharin. 














Pasangan ini juga bakal mengadakan majlis persandingan sebelah perempuan pada 12 November, sehari selepas bernikah. Manakala, majlis persandingan lelaki pula bakal diadakan pada 19 November.

Namun, setakat ini tiada lokasi muktamad ditetapkan. Malah, majlis perkahwinan mereka juga bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro dan kedua-dua mereka masih belum membincangkan soal tajaan untuk hari bersejarah itu.



Tarikh dan Jumlah Bonus Raya 2016. Seperti tahun-tahun sudah, pihak kerajaan akan memberikan bonus khas sempena Aidilfitri buat penjawat awam bagi meringankan beban perbelanjaan sempena menyambut Syawal yang bakal menjelang.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana semua kakitangan kerajaan akan mendapat bonus RM500 manakala RM250 kepada pesara kerajaan.

Tarikh dan Jumlah Bonus Raya 2016

Bonus buat penjawat dan pesara kerajaan ini akan dikreditkan ke akaun bank masing masing mulai 13 Jun 2016.
Tarikh: 13 Jun 2016
Kakitangan Awam: RM500
Pesara: RM250



Semak Keputusan UPU ke IPTA Sesi 2016/2017. Calon-calon lepasan SPM, Matrikulasi, STPM, Diploma yang telah memohon ke Intitut Pusat Pengajian Tinggi Awam sebelum ini boleh mula membuat semakan.

Semakan kemasukkan ke IPTA dan Politeknik Premier

Bagi calon yang memohon ke IPTA dan Politeknik, anda boleh melakukan semakan melalui link yang disediakan di bawah.

Calon SPM - Semakan boleh dibuat bermula minggu kedua Mei 2016
Calon STPM - Semakan boleh dibuat bermula minggu kedua Ogos 2016

Senarai Saluran Semakan

Portal UPU
Portal UMS
Portal UTM
Portal UUM
Portal Unimas

Bagi yang berjaya, anda perlu melakukan pengesahan penerimaan tawaran serta mencetak rurat tawaran rasmi melalui lama rasmi institut pengajian tinggi yang anda mohon atau di Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)  dalam tempoh 10 hari selepas keputusan diumumkan.

Membuat Rayuan ke IPTA dan Politeknik

Bagi calon yang gagal mendapat tawaran, anda boleh membuat rayuan dalam temph lLIMA hari keputusan diumumkan.



Tarikh Israk Mikraj 2016 Malaysia. Setiap tahun, pada tarikh 27 Rejab seluruh umat Islam akan mendakan sambutan peristiwa Israk Mikraj demi memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW diangkat ke langit oleh Allah SWT.

Pada tahun ini tarikh sambutan Israk Mikraj jatuh pada Khamis, 5 Mei 2016 bersamaan dengan 27 Rejab 1437H.

Beribu tahun dahulu Rasulullah SAW telah berjalan dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di (Baitul Maqdis) Perjalanan ini di sebut sebagai ISRAK.

Kemudian Rasulullah SAW berjalan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan mengadap Allah SWT untuk menerima perintah solat lima kali sehari buat seluruh umat Nabi Muhammad.

Negeri yang mendapat cuti umum Israk Mikraj 2016 

Kerajaan Malaysia telah ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri (cuti umum) bagi negeri Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Perlis Indera Kayangan.


Artikel sebelum ini: Rayani Air Gantung Perkhidmatan Sementara




Rayani Air Gantung Perkhidmatan Sementara. Syarikat penerbangan tambang murah baharu, Rayani Air, telah menggantung operasinya dengan serta merta berkuat kuasa hari ini, 9 April 2016.

Pengantungan ini dibuat bagi penstrukturan semula dan memperbaiki sistem pengurusan syarikat. Perkara ini
disahkan sendiri melalui Facebook rasmi milik Rayani Air.
Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.

Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula. Segala masalah boleh hubungi Rayani Call Centre ( +602-27214925)
Penstrukturan semula ini terpaksa dilakukan berikutan menerima banyak laporan dari pelanggan kerana sering mengalami masalah teknikal dan menyebabkan penumpang terkandas di lapangan terbang. 

sumber: NST 

 

Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar, mengesahkan pelepasan Dr Mohamad Khir Toyo secara perintah parol adalah melalui syarat sama seperti banduan lain.

Menurut beliau, setiap banduan yang layak dari segi pemulihan, kesalahan, dan tempoh penjara seperti yang ditetapkan dalam Akta Penjara akan dipertimbangkan oleh Lembaga Parol.

Setelah dipertimbang dan diluluskan, perintah parol beserta syarat-syarat yang perlu dipatuhi Orang DiParol akan dikeluarkan oleh Lembaga Parol.

"Orang DiParol masih terikat dengan baki tempoh hukuman yang perlu dijalani serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi dan ia bukan bermaksud pembebasan sepenuhnya.

"Banduan lain yang mendapat parol turut mengikut proses sama seperti  Khir Toyo." kata Zulkefli dalam satu kenyataan.

Semalam, Lembaga Parol telah meluluskan permohonan parol kepada bekas Menteri Besar Selangor untuk menjalani baki hukuman di luar penjara.


Dr Mohamad Khir, 50, dikenakan hukuman penjaran 12 bulan selepas menyalahguna kuasa sebagai penjawat awam bagi memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam bernilai RM6.5 juta pada harga RM3.5 juta pada 2007.

Artikel terdahulu:  Biodata Hafidz Roshdi

Biodata Hafidz Roshdi. Nama pelakon baharu, Hafidz Roshdi semakin menjadi sebutan selepas membintangi drama bersiri Tundukkan Playboy Itu yang kini bersiaran di Slot Akasia Tv3. Bagi yang masih belum tahu, Hafidz ini merupakan seorang lagi bakat muda yang dicungkil dari pertandingan Hero Remaja (HR) musim 2011/20012.

Walaupun Hafidz tewas kepada Fattah Amin, Hafidz yang turut bersaing dengan Syarul Ridzwan dan Syafiq Kyle, tidak putus asa mencuba nasib dalam industri hiburan tanah air.

Biodata Hafidz Roshdi

Nama Penuh: Muhammad Hafidz B. Roshdi

Tarikh Lahir: 13/11/1994

Umur: 22 Tahun (2016)

Pendidikan: OUM

Asal: Shah Alam

Pencapaian: Hero Remaja dengan Fattah Amin, Syarul Ridzwan dan Syafiq Kyle 2011/2012.

Drama: Baby Ana Milik Siapa, Kau Aku Kita, Aku Pilih Kamu, Tundukkan Playboy Itu

Laman Sosial:
 
1. Facebook Hafidz Roshdi - https://www.facebook.com/HafidzRoshdi
2. Instagram Hafidz Roshdi - https://www.instagram.com/hafidz.roshdi

Gambar Hafidz Roshdi pelakon Tundukkan Playboy Itu