Semakan tawaran ke Tingkatan 6 sesi 2015/2016 boleh dibuat pada 15 April 2015. Semakan boleh dibuat
secara online menerusi portal Kementerian Pelajaran Malaysia dan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
Calon
lepasan SPM yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6
boleh membuat semakan tawaran pada tarikh yang diberitahu di atas.
Cara semak tawaran Tingkatan 6 2015 melalui SMS:
1. Taipkan:
MOE<jarak>T6<jarak>No kad pengenalan
2. Hantarkan ke 15888
Semakan menerusi SMS ini akan diaktifkan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my
Umum mengetahui sejarah percintaannya dengan penyanyi, Hafiz Suip suatu masa dahulu dan Adira menganggap itu cuma kenangan masa lampau. Adira juga turut mendoakan kebahagiaan Hafiz dan tunangnya, Nureffy, yang bakal berkahwin tidak lama lagi.
Artikel berkaitan: Gambar Pertunangan Hafiz Suip
"Saya gembira dia telah bertemu pasangan hidup dan saya doakan agar hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat," katanya.
Adira dan Hafiz sebelum ini pernah berduet melalui lagu Ombak Rindu dan mereka sekali lagi bergandingan melalui lagu 'Untuk Cinta'.
Menurut Adira, walaupun telah berpisah mereka tetap profesional dan tidak mempunyai masalah untuk berkerjasama sekali lagi.
"Kami akan melakukan tugas secara profesional dan akan cuba buat yang terbaik seperti mana yang kami lakukan dalam lagu Ombak Rindu."
Artikel sebelum ini: Penampilan Terkini Zamani Selepas Pemulihan
Zamani Slam, 44, muncul dengan imej yang lebih kemas dan segar selepas menjalani rawatan pemulihan dadah.
Selain itu, berat badan vokalis kumpulan Slam ini juga meningkat sebanyak 9 kilogram.
Menurut peguamnya, Zaman perlu menjalani pemulihan selama lima bulan lagi sebelum dibenarkan bertemu masyarakat.
Zamani baru-bari ini ditangkap kerana terlibat dengan dadah sebelum video penangkapannya tersebar di laman sosial kerana diminta menyanyi oleh anggota polis.
Artikel sebelum ini: Cara Semak Tracking Number Pos Laju
Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar dokument atau barang, pastinya anda akan tertanya-tanya status barang tersebut sebelum sebelum menerimanya.
Untuk pengetahuan, anda boleh semak status barang kiriman atau barang yang bakal anda terima.
Anda boleh semak status atau tracking number Pos Laju secara online dan SMS.
Cara Semak Tracking Number Pos Laju Online
Semakan boleh dibuat di laman web berikut:
http://www.poslaju.com.my/track-trace/
1. Masukkan tracking number yang disediakan
2. Klik 'Track'. Kemudian anda akan dibawa ke paparan status terkini item/ barang/ dokumen anda.
Semak Tracking Number Pos Laju SMS
1. Taipkan: PL<jarak>[Tracking number]
contoh: PL EF142569874MY
2. Hantarkan ke: 33333
Pengguna Celcom, Maxis, dan Digi akan dicaj sebanyak RM0.50.
Diharap entry ini dapat membantu anda dalam menyemak status kiriman, bila dan di mana ia dihantar, serta di mana ia berada sekarang.
Artikel sebelum ini: Rumah Pemain Pahang Ditembak
Rumah ketua pasukan Pahang, Razman Roslan, 31, ditembak dan menyebabkan cermin belakang keretanya pecah dalamkejadian di Lorong Kubang Buaya 35, semalam.
Ketika kejadian, Razman dan ahli leluarganya sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan diluar rumah.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, tiada kecederaan dilaporkan. Selain itu menurut saksi
kemungkinan suspek melepas tembakan lebih daripada satu kali dan pihak polis masih lagi melakukan siasatan.
Perlawanan Liga Super antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menentang Sarawak bakal berlangsung di Stadium Larkin pada 7 Mac.
Siaran langsung secara eksklusif akan disiarkan di Tv3 bermula jam 8.45 malam. Bagi penonton yang tidak dapat menonton siaran LIVE di Tv3, anda boleh menonton perlawanan ini melalui live streaming.
Live Streaming JDT vs Sarawak 7 Mac 2015
Link: http://tvon9ac10.blogspot.com/tv9-live-streaming
Tahniah diucapkan buat pelakon muda, Erin Malek yang disahkan mengandung hasil perkahwinannya dengan Farriz Fauzy. Menambahkan lagi kegembiraan, aktres ini dikhabarkan sedang hamil anak kembar.
Berita baik ini disahkan sendiri oleh Erin kepada Berita Harian selain berkongsi sekeping sekeping foto dengan peminat di laman sosialnya.
Erin sebelum ini memberitahu kepada umum yang dia dan pasangan tidak terburu-buru dalam soal anak kerana mereka baru sahaja berkahwin. Namun juara Fear Factor musim kedua ini turut menegaskan dirinya tidak merancang kehamilan.
Tahniah buat mereka berdua. Semoga Erin dan bayi sihat dan dapat melalui fasa kehamilan dengan lancar.
Artikel sebelum ini: Harrison Ford Terbabit Nahas Pesawat