Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan (KPDNKK) mewujudkan aplikasi MyKira GST untuk membantu pengguna membuat semakan harga barang yang dikenakan GST.

Selain itu, aplikasi MyKira GST ini juga merupakan salah satu cara untuk pengguna membuat aduan berkenaan GST. Aduan boleh dibuat melalui saluran e-aduan yang disedian dalam aplikasi tersebut.

Download MyKira GST

Pengguna boleh muat turun aplikasi tersebut secara percuma melalui Google Play Store dan Apps Store mulai minggu pertama April 2015.

Buat pengguna Android, anda boleh muat turun MyKira GST di sini -> https://play.google.com/store/apps/details?id=com.govmy.kpdnkk.mykiragst


Fungsi MyKira GST

  1. Untuk semak lebih dari 10,000 harga produk dan perkhidmatan.
  2. Menjadi saluran buat pengguna untuk membuat aduan.
  3. Memberi panduan tetang GST kepada pengguna.
Semoga aplikasi ini dapat membantu anda untuk semak harga barang yang dikenakan GST.


Artikel sebelum ini: Harga Petrol RON95, RON97, dan Dieseil April 2015


Bermula Disember tahun lalu, harga minyak ditetapkan mengikut kaedah peapungan bahan terkawal. 

Harga minyak ditetapkan setiap bulan berdasarkan Purata Harga Pasaran bedasarkan bulan sebelumnya.

Senarai Harga Petrol dan Diesel April 2015


Harga jangkassn dikeluarkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP) dan ia akan digantikan dengan harga sebenar selepas harga baru diumukan KPDNKK.

 
Artikel sebelum ini: Awal Ashaari Hanya Cedera di Bibir


Pengacara popular, Awal Ashaari, hanya mengalami cedera ringan selepas kereta yang dinaikinya terbabas kemudian terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan, dekat hentian R&R Ayer Keroh.

Artikel berkaitan: Gambar Awal Ashaari Kemalangan

Kereta BMW 6 Series miliknya dipandu oleh teman rapat, Izuan Mokhtar, 31.

Ketika ditemui wartawan dihospital, Awal mengatakan dia hanya cedera di bibir dan rakannya mengalami kecederaan di bahagian siku.

"Saya rasa tidak sihat pagi tadi, jadi saya hubungi rakan, Izuan, untuk menghantar saya ke karnival Jom Heboh di Melaka.

Kami memulakan perjalanan pada jam 9 pagi dan sejam kemudian, saya dapat  diri saya sudah terbaring dibahu jalan," katanya

Awal dan Izuan kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Saya telah menerima rawatan, Alhamdulillah kami berdua selamat," katanya.

Difahamkan, Awal dan Izuan dibenarkan keluar hospital hari ini.

sumber: NST




Awal Ashaari terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jom Heboh Ayer Keroh, Melaka.

Kereta BMW 6 Series itu dipandu oleh rakannya, Izuan Mohktar, terbabas akibat brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar belakang bocor.

Menurut wartawan Melodi Tv3, Awal dalam perjalanan untuk mengacarakan siaran langsung Melodi di Jom Heboh Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.



Walaubagaimanapun, suami kepada pelakon Scha Al-Yahya itu berada dalam keadaan sedarkan diri dan tidak mengalami kecederaan serius.

sumber: BHOnline


Tahniah diucapkan buat penyanyi, Adira, yang telah pun bertunang dengan pasangannya, Shahrul Nasrun 22 Disember lalu. Perkara ini telah disahkan oleh tunangnya sendiri melalui akaun Instagram miliknya serta pengumuman menerusi sebuah program hiburan.

Pengumuman ini juga menjawab segala teka-teki tentang kisah cinta mereka yang selama ini dinafikan Adira.

Pastinya Adira dan Shahrul sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mendirikan rumahtangga. Semoga segala persiapan perkahwinan dapat diuruskan dengan baik dan lancar.

Gambar Pertunangan Adira dan Shahrul Nasrun



Artikel sebelum ini: Fizo Omar Derma Organ Lepas Meninggal Dunia



Pelakon, pengacara, dan usahawan muda, Fizo Omar berikrar akan mendermakan organ apabila meninggal dunia nanti.

Fizo sendiri mengesahkan perkara itu di laman Facebook miliknya dan perkara yang sama turut disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pemilik perniagaan Hot Burger ini berharap agar organ yang didermakannya memberi manfaat kepada penerima nanti.


Pada hari ini, saya telah berikrar untuk mendermakan organ saya setelah saya meninggal dunia nanti. Insya Allah, saya...
Posted by Fizo Omar on Friday, March 27, 2015

Selain itu, niat baik ini turut disuarakan kepada ibu dan isterinya.

"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada isteri dan ibu saya. Ini bermakna hanya keluarga terdekat sahaja yang boleh memberi kebenaran untuk menderma organ," katanya


Artikel sebelum ini: Biodata Penuh Izreen Azminda

Wajahnya sering menghiasi drama popular, sama ada memegang watak baik atau antagonis, lakonan mantap Izreen Azminda sering mendapat tempat di hati penonton. 

Lakonan Izreen mula mendapat perhatian melalui watak Melly dalam drama Tentang Dhia. Namanya menjadi sebutan dek kerana berjaya membawa watak jahat itu.

Mari kita kenali pelakon Izreen Azminda dengan lebih dekat

BIODATA IZREEN AZMINDA

Nama Penuh: Izreen Azminda Aznam

Tarikh lahir: 30 Ogos 1985

Usia: 26 Tahun

Asal: Kangar, Perlis

Kerjaya: Pelakon, pengacara

Drama: Sesuci Cinta Sofia, CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling, Nenek Kebaya, Puteri Arora Beradu, Ragam Menantu, Gelora Di Hati Sara, Pasukan Gerakan Marin, Isabella, Juvana, Mendongak Ke Langit, Tentang Dhia, Penjara

Filem: Nana Tanjung 2, Otai

Program: Seekers (Musim 6), Mahligai Cinta, & In Trend

Pendidikan: Diploma Kewartawanan Integratif, Institut Media Integratif
Malaysia (MIIM).

Pencapaian: Tempat Ketiga, Dewi Remaja 2005/2006

Pernah berkahwin dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 31 Ogos 2012, dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Umar. Namun, jodoh pasangan ini tidak berpanjangan dan berakhir tahun lalu selepas Riza memfailkan tuntutan cerai pada 14 Mei 2014.

Izreen Azminda mula melangkah ke industri hiburan negara apabila medapat tempat ketiga dalam pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 yang dijuarai oleh Scha Al-Yahya.

Aktress ini pernah berkerja dibawah arahan Datuk Rosyam Nor dan menyahut cabaran untuk kurus dalam masa setahun. Hasilnya, Izreen berjaya menurunkan berat badan dari 70kg kepada 53kg.


Artikel sebelum ini: Rozita Che Wan Terima Kontrak 1 Juta