Sinopsis Cinta Karan di Tonton.my. Bagi mereka yang masi tidak puas dengan gandingan mantap Zul Ariffin dan Ayda Jebat ada berita baik untuk anda. Pelakon popular ini sekali lagi di gandingkan bersama melalui drama CINTA KARAN yang bakal ditayangkan di portal Tonton.my bermula 25 Jun 2015.

Cinta Karan merupakan drama khas tajaan Seng Heng. Ramai yang menganggap drama ini bakal meletop walaupun sekarang ini mereka sedang hangat berlakon drama MAID yang disiaran di Astro Ria. Apatah lagi portal Tonton memang sentiasa memberikan drama yang terbaik dan berkualiti buat penonton setianya.


Drama ni bersiaran setiap Khamis bermula jam 11 pagi.

Sinopsis drama Cinta Karan

Mengisahkan kisah cinta yang sangat unik di antara Zul dengan Aida. Keunikan pasangan ini ialah, mereka saling mengusik di antara satu sama lain sejak dari awal perkenalan hinggalah mereka masing-masing berkahwin. Kemuncak kemarahan Aida ialah selepas Zul menumpahkan makanan di atas kepalanya lalu operasi membalas dendam bermula.

Ketika Zul ingin menyampaikan hasrat hatinya pada Aida, muncul seorang lelaki menjemput Aida dan ini membuatkan Zul kecewa kerana menyangka lelaki itu teman istimewa Aida. Hasrat Zul tercapai juga apabila berjaya menyampaikan yang dia sukakan Aida semasa bekerja sementara di Kedai Seng Heng. Aida datang ke kedai Senheng bersama lelaki tersebut untuk membeli barangan untuk persediaan perkahwinan.
Semasa ditegur lelaki tersebut, barulah Zul tahu yang mereka berdua adalah abang dan adik. Zul cuba mencari Aida untuk meluahkan isi hatinya.

Selamat menonton!

Terima kasih kerana membaca  Sinopsis Cinta Karan di Tonton.my
Kedai Mamak Dilarang Beroperasi 24jam. Kerajaan mencadangkan supaya restoran dan gerai mamak menamatkan operasi 24 jam sebagai salah satu langkah membendung masalah sosial golongan muda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata cadangan itu akan dipertimbangkan setelah mengambil kira aduan orang ramai terhadap masalah sosial yang berleluasa pada hari ini.

Walaubagaimanapun menurut Shahidan, ia tidak melibatkan semua restoran yang beroperasi 24 jam tetapi hanya melibatkan kawasan tertentu yang berhampiran dengan kawansan perumahan dan luar bandar.



"Nota dan kertas cadangan berhubung isu ini akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Majlis Sosial Negara," katanya

Tambahnya lagi, selain masalah sosial, faktor kebersihan juga turut diambil kira.

"Faktor kesihatan dan keberhiran turut diambil kira kerana kawasan kedai mamak sering menjadi tempat pembiakan haiwan seperti tikus," katanya.


Netizen tidak setuju



Cadangan Shahidan Kassim nampaknya tidak menerima respon positif dari pengguna laman sosial. Rata-rata menolak cadangan itu kerana jika restoran mamak tidak beroperasi selepas jam 12, anak-anak muda akan terdorong untuk ke ke kelab malam serta melakukan perkara yang lebih membimbangkan.



Sedangkan di restoran mamak, mereka boleh berborak kosong serta menonton perlawanan bola sepak.


Ada betulnya jugak. kalau tak lepak di kedai mamak, nak pergi mana lagi?


Artikel sebelum ini: Lagu Datuk AC Mizal diban Stesen Radio

Gara-gara memiliki stesen radio sendiri iaitu Peace Yall FM, lagu nyanyian Datuk AC Mizal dan artis Indonesia, Luna Maya yang berjudul Paranoid digam stesen radio popular negara. Lagu tersebut tidak lagi dimainkan selepas Peace Yall FM dilancarkan awal Mei lalu.

Menurut AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 43, stesen radio Era dan Hot FM tidak memainkan lagunya kerana beliau telah menubuhkan radio sendiri dan merupakan pesaing kepada radio lain. Lagu Paranoid ada dimainkan beberapa kali manakala lagu baru bertajuk Peace Yall langsung tidak dimainkan kerana ia boleh memberikan promosi kepada stesen radio miliknya.

"Saya terkilan kerana radio tempatan tidak memberikan sokongan terhadap kerjayanya. Malah perkara ini bukan berlaku kepada dirinya sahaja tapi terhadap penyanyi lain," katanya.

Katanya, perkara sebeginilah yang membuatkan industri musik negara tidak berkembang. Radio tempatan sendiri sering memilih artis dan lagu kegemaran mereka untuk diputarkan di radio mereka.

"Oleh itu Peace Yall FM akan memberi peluang sama rata buat semua artis tempatan dengan memutarkan lagu lagu mereka." ujar AC lagi.

sumber: mStar

Artikel sebelum ini: Ku Tak Pernah - Lagu Tema Dia Isteri Luar Biasa

Terima kasih kerana membaca Lagu Datuk AC Mizal Digam Stesen Radio




Drama Dia Isteri Luar Biasa sedang menjadi topik hangat sekarang ni. Bukan sahaja jalan ceritanya yang menarik, bahkan lagu temanya juga turut mendapat tempat di hati penonton. Tapi korang tahu tak lagu yang disiarkan diakhir drama tu sebenarnya dinyanyikan oleh Fathia Latiff dan Syukri Yahaya sendiri.

Yep.. Sebenarnya sekali dengar pun dah tahu itu adalah suara Fathia, tak sangka pulak dia berduet dengan Syukri. Lagu ni memang sedap, memang kena sangat dengan jalan cerita drama yang tengah hot di Slot Akasia Tv3 ni.

Baca: Biodata Syukri Yahaya

Korang boleh layan video Fathia dan Syukri menyanyikan Ku Tak pernah secara live!


Lirik lagu Ku Tak Pernah

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah

Mengapa terjadi..

Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa perasaan ini hadir

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Mengapa terjadi..

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa terjadi

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah

Mengapa terjadi..... 
Perhimpunan Sokong TMJ di Istana Bukit Serene. Kira-kira 2,00 rakyat Johor berhimpun di hadapan Istana Bukit Serene sebagai tanda sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam mempertahankan hak rakyat Malaysia.

Selain itu rakyat Johor turut mendesak agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memohon maaf terhadap TMJ kerana mengeluarkan kenyataan kasar baru-baru ini.

Mohamed Nazri dengan tegas meminta supaya TMJ menjauhkan diri dan tidak terlibat dengan politik. Mohamed Nazri berkata demikian setelah TMJ dengan lantang menyuarakan pendapat tentang ketidakhadiran Perdana Menteri pada majlis Nothing To Hide tempoh hari.

Gambar










Pertengkaran antara dua individu berprofil tinggi ini menjadi bahan bualan. Mana taknya, dua-dua lantang bersuara dan berani melontarkan pendapat.

gambar

Terima kasih kerana membaca GAMBAR Perhimpunan Sokong TMJ.



Gambar Ahmad Maslan Memasak Jadi Bahan Jenaka. Nampaknya Ahmad Maslan masih lagi tidak serik selepas tweetnya yang berkongsi resepi nasi goreng tanpa GST tempoh hari dicemuh masyarakat. Hari ini beliau berkongsi gambarnya yang sedang memasang nasi goreng campur tanpa GST turut menerima respon negatif pengguna laman sosial.

Tweet yang dimuatnaik pada pagi Ahad itu berbunyi:

"Sesekali sedia sarapan untuk keluarga, Nasi goreng campur resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO."



Ahmad turut berkongsi dua keping gambar nasi goreng dan juga dirinya seolah-olah sedang memasak. Apa yang lucunya beliau tidak menyalakan api ketika memasak dan turut menyusun timun di dalam kuali. Tapi lebih kelakar apabila membaca respon dari pengikutnya. Korang bacalah kat bawah ni. memang kelakar habis.



Terima kasih kerana membaca Gambar Ahmad Maslan Memasak Jadi Bahan Jenaka
Gambar Perkahwinan Fatin Liyana dan Anwar Fazal. Blogger dan doktor terkenal, Fatin Liyana Asri telah pun selamat menjadi isteri kepada Anwar Fazal yang juga seorang doktor, semalam kira-kira jam 12 tengahari.

Pemilik blog Honey Koyuki ini dinikahkah dalam sebuah majli yang sederhana tapi penuh meriah dengan dihadiri keluarga dari kedua belah pihak serta rakan terdekat.

Blogger tempatan pasti sudah lama  kenal dengan Fatin Liyana yang cantik ini. Bagi yang belum tahu, Fatin dan suami merupaka penulis buku kedoktoran popular, iaitu Diagnosis. Suaminya, Anwar adalah sepupu kepada pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Tahun lalu, Fatin Liyana menerima anugerah Tokoh Serikandi Negara. Dua-dua sama cantik dan sama hebat. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Gambar Kahwin Fatin Liyana dan Anwar Fazal
















Terima kasih kerana membaca Gambar Perkahwinan Fatin Liyana dan Anwar Fazal.