Datuk Siti Nurhaliza Keguguran. Khabar angin yang mengatakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza hamil baru-baru ini akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan kandungan yang berusia dua bulan gugur.

Siti negesahkan perkara itu melalui Instagram beliau pagi tadi.

"Bukan niat Siti mahu menafikan berita kehamilan itu kerana ia adalah anugerah terindah yang sekian lama Siti nantikan. Pun begitu, untuk mengiyakannya juga takut kerana kandungan ini masih terlalu awal untuk dihebahkan dan Siti mahu menunggu masa yang sesuai.

Artikel berkaitan:  Baby Bump Siti Nurhaliza Terserlah

"Bagaimanapun, Allah SWT sempat meminjamkan anugerah ini untuk sementara saja. Sempat dua bulan Siti kandungkan dan mengalami keguguran,"

Menurut Siti beliau cukup sedih dengan kehilangan ini kerana beliau memang mengimpikan untuk menimang cahaya mata. Walaubagaimana pun, beliau dan suami, Datuk Khalid Jiwa, tabah dengan dugaan ini dan berharap rezeki untuk mempunyai anak terus berpihak kepadanya.

 
Text penuh Siti tentang kegugurannya

Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec … Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang..
Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct..
Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..
Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya..
Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..
kena masuk Gym balik dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya…teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..
Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah …Wassalam..
Dalam pada itu, Siti bakal menjalani keriernya sebagai penyanyi seperti biasa selepas tamat tempoh berpantang.

Mungkin ini lah antara sebab kenapa Siti tidak mahu menghebahkan berita kehamilannya pada umum, kerana kandunganya masih terlalu awal dan 'fragile'. Semoga ada rezeki yang lebih baik buat Siti dan suami.


Baby Bump Siti Nurhaliza Terserlah. Penyanyi nombor satu negara,Datuk Siti Nurhaliza sebelum ini enggan bercerita tentang khabar angin yang kononnya beliau sedang hamil. Walaupun keluarga terdekat Siti telah mengesahkan isteri kepada usahawan, Datuk Khalid, kini hamil enam minggu, Siti tetap dengan pendiriannya untuk terus berdiam diri.

Namun berita tentang kehamilannya semakin diperkatakan kerana 'baby bump' Siti kian terserlah. Lebih menguatkan lagi perkara ini, penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang mengusap perut Siti sewaktu Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya.

Berita kehamilan Siti mula tersebar setelah beliau sendiri memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram kerana makanan itu baik untuk ibu mengandung.

Siti bagaimanapun menjelaskan dalam rancangan Melodi baru-baru yang beliau akan memberitahu perkara sebenar apabila sudah bersedia nanti.



Livestreaming Sarawak vs Selangor Piala Malaysia 2015. Perlawanan suku akhir Piala Malaysia di antara pasukan Selangor dan Sarawak bakal diadakan di  Stadium Negeri Kuching pada 24 November 2015. Bagi penyokong kedua-dua pasukan yang tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan di stadium, anda boleh menonton secara online. 

Pihak GB13 akan menyiarkan perlawanan secara LIVE menerusi laman Youtube bermula jam 8.30malam. Anda boleh menontonnya menerusi pautan di bawah:

Livestreaming Sarawak vs Selangor Piala Malaysia 2015

Server: Youtube GB13 TV

Biodata Hamidah Juara Dai 2015. Semalam berlangsungnya pentas akhir program pencarian pendakwah muda, Dai' 2015 dan menyaksikan Dai Hamidah diangkat selaku juara pada tahun ini. Hamidah membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM50,000, Trofi, Pakej Istanbul, pakej umrah, saham PNB, dan beberapa hadiah sampingan. 

Tahniah diucapkan kepada Hamidah. Walaupun admin tidak sempat menonton rancangan ini, berdasarkan apa yang admin baca di media sosial, beliau memang layak menang dek kerana kepetahan, kebijaksanaan, dan kemampuannya dalam menyampaikan dakwah. Kemenangan Hamidah bersandarkan pada markah juri profesional di mana beliau berjaya mengumpul markah sebanyak 85.9 peratus berbanding finalis lain.

Biodata Hamidah Juara Dai 2015

Nama penuh - Hamidah bt Abdul Razak
Umur - 23 tahun
Pendidikan - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama
Tempat pengajian - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)




Artikel sebelum ini -
Kalendar MUET 2016
Kalendar MUET 2016. Dalam entry ini admin akan berkongsi jadual peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Seperti biasa, peperiksaan MUET dibahagikan kepada tiga sesi. Pada tahun hadapan ia akan berlangsung pada bulan Mac, Julai, dan September. Namun, ia tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

MUET Sesi Mac 2016
  • Tarikh pendaftaran - 5 November 2015 hingga 8 Januari 2016
  • Tarikh ujian speaking - 23, 24, 25, 29 Februari, 1 dan 2 Mac 2016
  • Tarikh ujian bertulis - 12 Mac 2016

MUET Sesi Julai 2016

  • Tarikh pendaftaran - 15 Mac 2016 hingga 11 Mei 2016
  • Tarikh ujian speaking - 18, 19, 20, 21, 25 dan 26 Julai 2016
  • Tarikh ujian bertulis - 30 Julai 2016

MUET Sesi November 2016

  • Pendaftaran - 3 Jun 2016 sehingga 3 Ogos 2016
  • Tarikh ujian speaking - 11, 12, 13,17,18 dan 19 Oktober 2016
  • Tarikh ujian bertulis - 5 November 2016

Semoga informasi ini bermanfaat.


Video Simulasi Bagaimana MH17 Ditembak. Semalam pihak Lembaga Keselamatan Belanda mengadakan satu sidang media dengan mendedahkan bagaimana pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh tahun lalu.

Berdasarkan laporan akhir, mereka mendedahkan MH17 ditembak oleh misil jenis 'buk' buatan Rusia di Timur Ukrain. Misil berkenaan dilepas menggunakan sistem peluru dari tanah ke udara. Misil terbabit telah menembak bahagian kiri depan pesawat (kokpit) yang membunuh juru terbang dengan serta merta.

Sidang media yang berlangsung di Gitze-Rijen turut menunjukkan satu video animasi saat-saat misil terbabit menembak pesawat MH17 bersama rangkai pesawat yang dicantum semula berdasarkan serpihan yang ada.

Video MH17 Ditembak


Walaubagaimanapun, siasatan ang memakan masa 15 bulan itu tidak menyebut siapa yang menembak pesawat.

Berita ini sedikit sebanyak menjawab persoalan yang bermain difikiran orang ramai khususnya rakyat Malaysia.
sumber: BH

Artikel sebelum ini - Biodata Sufi Juara AF 2015


Biodata Sufi Juara AF 2015. Bagi anda yang menonton konsert akhir Akademi Fantasia 2015 (AF) semalam pasti anda tahu siapa juaranya. Tahniah diucapkan buat Sufi kerana dinobatkan sebagai juara AF bagi tahun ini.

Sufi berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 , trofi AF, berserta pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tour. Sufi merupakan peserta bukan rakyat Malaysia pertama yang berjaya memenangi Akademi Fantasia. Sufi merupakan rakyat Singapura yang mencuba nasib dalam bidang nyanyian di Malaysia.


Untuk pengetahuan anda, Sufi mula serius dalam bidang nyanyian selepas muncul naib juara dalam pertandingan SG Mania pada 2014 di Singapura.

Biodata Sufi AF

Nama penuh: Mohammad Sufie Rashid
Asal: Singapura
Umur: 24 tahun (lahir tahun 1991)
Karier: Penyanyi indie sepenuh masa, mencipta lagu untuk iklan (jingle) Tv dan radio
Bakat: Menyanyi dan mencipta lagu. Turu bermain alat muzik seperti piano, dram, gitar, dan bass.

Artikel sebelum ini - Pesawat MH370 Dijumpai di Filipina?