Biodata Sufi Juara AF 2015. Bagi anda yang menonton konsert akhir Akademi Fantasia 2015 (AF) semalam pasti anda tahu siapa juaranya. Tahniah diucapkan buat Sufi kerana dinobatkan sebagai juara AF bagi tahun ini.

Sufi berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 , trofi AF, berserta pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tour. Sufi merupakan peserta bukan rakyat Malaysia pertama yang berjaya memenangi Akademi Fantasia. Sufi merupakan rakyat Singapura yang mencuba nasib dalam bidang nyanyian di Malaysia.


Untuk pengetahuan anda, Sufi mula serius dalam bidang nyanyian selepas muncul naib juara dalam pertandingan SG Mania pada 2014 di Singapura.

Biodata Sufi AF

Nama penuh: Mohammad Sufie Rashid
Asal: Singapura
Umur: 24 tahun (lahir tahun 1991)
Karier: Penyanyi indie sepenuh masa, mencipta lagu untuk iklan (jingle) Tv dan radio
Bakat: Menyanyi dan mencipta lagu. Turu bermain alat muzik seperti piano, dram, gitar, dan bass.

Artikel sebelum ini - Pesawat MH370 Dijumpai di Filipina?





Pesawat MH370 Dijumpai di Filipina. Berita tentang bangkai pesawat Malaysia Airlines dan bendera Malaysia di Selatan Filipina benar-benar mengelirukan banyak pihak. Seorang lelaki mendakwa penduduk pulau terpencil, Tawi-Tawi, telah menjumpai sehelai bendera Malaysia di dalam bankai pesawat yang hilang dari radar itu.

Jamil Omar, 46, membuat laporan polis bahawa penduduk pulau itu menjumpai bendera di dalam bangkai pesawat ketika pergi memburu burung. Tambahnya juga, penduduk disana tidak mengenali bendera Malaysia dan tidak mengetahui tentang pesawat yang hilang memandangkan kawasan itu kurang berpenghuni dan kurang mempunyai alat komunikasi.

"Kerana kurang peralatan elektronik atau kemera, orang sana tidak mampu merakamkan sebarang gambar bangkai pesawat itu.

Beliau menyerahkan bendera yang ditemui bersama tiga keping gambar pulau berkenaan kepada pihak polis utk siasatan lanjut.

Berita ini sememangnya mengelirukan. Kerana kerajaan Malaysia telah pun mengesahkan pesawat MH370 telah terhempas di Pulau Reunion berdekatan dengan Madagascar. Ini berdasarkan penemuan serpihan dan komponen dari pesawat itu sendiri.

Artikel sebelum ini - UiTM Selangor Tangguh Kuliah Akibat Jerebu




UiTM Selangor Tangguh Kuliah Akibat Jerebu. Nampaknya jerebu yang melanda negara semakin membimbangkan. Baru sebentar tadi Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah di kebanyakan negeri supaya tutup, dan kini pihak UiTM Selangor pula mengeluarkan arahan supaya menangguhkan kuliah. Ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini mencatatkan bacaan tidak sihat.

Artikel berkaitan:  Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia

Naib Canselor, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar memberitahu penangguhan kuliah pada hari berikutnya akan diberitahu kelak berdasarkan bacaan IPU yang dipantau dari masa ke semasa.

Penangguhan ini hanya melibatkan jadual kuliah manakala peperiksaan akhir pelajar diploma diteruskan mengkut jadual. Kakitangan UiTM Selangor juga dikehendaki bekerja seperti biasa.
sumber: Harian Metro

Artikel sebelum ini - Jerebu - Sekolah Tutup Dua Hari 5 dan 6 Oktober



Jerebu - Sekolah Tutup Dua Hari 5 dan 6 Oktober. Berikutan masalah jerebu yang melanda negara, Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan semua sekolah diseluruh Malaysia KECUALI Labuan, Sarawak, Kelantan, dan Sabah selama dua hari bermula 5 hingga 6 Oktober 2015.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi laman Facebook miliknya.


Beliau turut memberitahu, sekolah yang diarahkan tutup bermula esok tidak perlu menggantikan persekolahan mereka dimasa akan datang.

Artikel sebelum ini - Neelofa Curi Rekaan Tudung Sugarscarf?


Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/86367Labuan

Neelofa Curi Rekaan Tudung Sugarscraf? Siapa yang tidak tahu tentang perniagaan tudung Naelofar Hijab, yang diusahakan artis, Neelofa? Kini beliau menjadi salah seorang pengusaha tudung berjaya di Malaysia. Namun malangnya, seorang lagi pemilik perniagaan tudung Sugarscarf mendakwa Naelofar Hijab meniru rekaan tudung mereka.

Pengasasnya, Nur Atikah Sulaiman meluahkan rasa terkilan melalui akaun Instagram miliknya @eyqasulaiman dan Sugarcarf. Beliau mendakwa Naelofar Hijab meniru rekaan tudung mereka jenis Madison.

Nur Atikah menyifatkan perbuatan Naelofar Hijab sebagai tidak bertanggungjawab kerana mencuri idea mereka. Beliau kesal kerana rekaannya dicuri dan mendakwa itu adalah rekaan mereka. Terkesan dengan isu itu Sugarscarf telah melaporkan hal ini kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM).



Artikel sebelum ini - Stacy Sah Peluk Islam

stacy peluk islam

Stacy Sah Peluk Islam. Akhirnya penyanyi popular kelahiran Sabah, Stacy, sah memeluk agama Islam. Stacy mengucap dua kalimah syahadah di pejabat Jabatan Agama Islam Johor Bahru. Bukan itu sahaja, Stacy yang sebelum ini beragama Kristian memilih Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya.

Sesi hadir mengucap dua kalimah syahadah itu bersama Akim Ahmad dan juga keluarga kekasihnya itu. Dikhabarkan Stacy dan pihak Astro akan membuat satu sidang media petang esok untuk menghebahkan berita baik ini kepada peminat.

Artikel berkaitan: Akhirnya Akim Mengaku Mencintai Stacy

stacy masuk islam

Tahniah diucapkan kepada Stacy, dan semoga menjadi muslimah yang sejati.

Artikel sebelum ini: Biodata Penuh Zahirah Macwilson


 Zahirah Macwilson 1

Biodata Penuh Zahirah Macwilson. Sejak drama Mencintaimu disiarkan di Tv3, nama pelakon utamanya, Zahirah Macwilson menjadi sebutan di laman sosial. Ramai yang bertanya, siapakah gerangan wanita cantik itu. 

Artikel berkaitan: Sinopsis Mencintaimu Tv3

Zahirah atau nama penuhnya Nur Zahirah Zainol Johari Macwilson adalah gadis kacukan Melayu dan Australia. Kalau nak tahu, Zahirah merupakan anak perempuan kepada bekas pembaca berita Tv3 Zainol Johari Macwilson. 

ayah  Zahirah Macwilson

Sebelum ini Zahirah pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mencintaimu, dan Mr London Ms Langkawi

Biodata Zahirah Macwilson

Nama : Nur Zahirah Binti Zainol Johari Macwilson
Nama Komersial : Zahirah Macwilson
Umur : 20 tahun
Kacukan : Melayu-Australia
Kerjaya : Model dan pelakon
Drama : Tanah Kubur, Generasi Dunia Baru, Hidayahmu Ramadan, Mencintaimu, Mr London Ms Langkawi, Mencintaimu
Instagram : https://instagram.com/zahirahmacwilson/

 Zahirah Macwilson 2

 Zahirah Macwilson 3

 Zahirah Macwilson 4

 Artikel sebelum ini: Punca Mikrofon Ziana Zain Tercampak