Punca Mikrofon Ziana Zain Tercampak

ziana zain mikrofon

Punca Mikrofon Ziana Zain Tercampak. Rasanya ramai yang dah tengok video insiden mikrofon Ziana Zain tiba-tiba tercampak ketika beliau membuat persempahan di KLFW 2015 baru-baru ini. Video itu menjadi viral di internet kerana mikrofon itu tercampak sewaktu Ziana hampir selesai membuat persembahan dan selepas menyanyikan bahagian bernada tinggi.

Menurut laporan mStarOnline, mikrofon itu tercampak disebabkan kesan losyen yang dipakai Ziana sebelum membuat persembahan.

ziana zain mikrofon jatuh

Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

Namun selepas kejadian itu semua penonton berdiri dan memberikan tepukan serta bersorak memberikan semangat kepada beliau. 

Nasib baik saya tidak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi.

Walaubagaimanapun, Ziana menghadapi insiden itu dengan penuh profesional bagaikan artis antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment