Low Yat 2 Untuk Peniaga Melayu Sahaja

low yat 2

Low Yat 2 Untuk Peniaga Melayu Sahaja. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan untuk mewujudkan sebuah lagi pusat jualan alat telekomunikasi iaitu Low Yat 2.

Low Yat 2 yang dijangka dibuka di Tingkat 3 Bangunan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Jalan Raja Laut hanya mensasarkan seratus peratus peniaga dari kaum Melayu.

Menurut Ismail Sabri, Low Yat 2 adalah untuk memenuhi permintaan orang ramai selain mewujudkan lebih banyak lokasi.

"Ini dapat memenuhi keperluan orang ramai dan mengurangkan tumpuan di Plaza Low Yat di Bukit Bintang itu".

Pihak kerajaan akan mengumpulkan seberapa banyak pembekal demi memenuhi permintaan pasaran.

- Astro Awani

0 comments:

Post a Comment