Monday, 3 August 2015

Biodata Penuh Uyaina Juara Nona Manis 2015


Biodata Penuh Uyaina Juara Nona Manis 2015. Pertandingan Pencarian Nona Manis telah menemui pemenangnya, gadis cantik Naseha Uyaina Arshad telah dinobatkan sebagai juara dalam program yang dianjurkan Tv3 ini. 

Uyaina bukan sahaja cantik, tetapi mempunyai personaliti menari, bijak dalam berbicara dan merupakan pelajar dalam jurusan undang-undang Universiti Malaya.

Jom kita kenal dengan lebih dekat lagi dengan gadis yang bernama Uyaina ini. 

Biodata Uyaina juara Nona Manis 2015

Nama penuh : Naseha Uyaina Arshad Umur: 23 tahun Asal: Perak Pekerjaan: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya (bakal menamatkan pengajian pada bulan Oktober ini)
gambar uyaina nona manis


Menurut Uyaina, beliau tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang penyiaran. Dia bermula perlahan pada awal penyertaannya. Namun banyak yang dipelajari sepanjang program itu. Uyaina turut memberitahu beliau tujuan asal beliau menyertai pertandingan itu adalah untuk menang namun beliau jujur pada diri sendiri kerana mahu penonton melihat keupayaannya yang sebenar.

"Sepanjang menyertai pertandingan ini saya banyak belajar mengenai penyiaran dari cara pernafasan, penulisan skrip, sudut kamera, serta cara-cara menjadi personaliti tv,"

Tambahnya, dia mahu penonton mengenalinya sebagai Uyaina dan bukannya sebagai imitasi pengacara lain.


Terima kasih kerana membaca Biodata Penuh Uyaina Juara Nona Manis 2015.

2 comments: