Diana Danielle Hamil Anak Kedua

Diana Danielle Hamil Anak Kedua. Akhirnya Farid Kamil mengesahkan yang khabar angin kononnya Daniel Danielle hamil itu adalah benar kerana isterinya kini memang sedang sarat mengandung cahaya mata kedua mereka.

Khabar angin itu bertiup kencang di laman sosial dan juga di forum selepas tersebarnya sekeping foto Diana yang menampakkan 'baby bump' nya.

diana danielle hamil anak kedua


Menurut Farid, isterinya tidak mengalami alahan teruk sepanjang tempoh lima bulan kehamilan dan buat masa sekarang pasangan itu masih belum membuat persiapan bagi menyambut kehadiran orang baru.

Kali ini, Farid dan Diana tidak mahu melakukan ujian imbasan untuk mengetahui jantina bayi. Mereka berdua hanya mahu bayi yang sihat dan selamat.

"Kami tidak mehu membuat sebarang ujian imbasan jantina kerana mahu perkara itu menjadi kejutan sewaktu bersalin nanti," katanya.

Tahniah diucapkan buat Farid dan Diana. Semoga Diana dapat menempuhi tempoh kehamilan dengan lancar. 

Artikel sebelum ini: Low Yat 2 Untuk Peniaga Melayu Sahaja

0 comments:

Post a Comment