Lan Pet Pet Selamatkan Mangsa Kemalangan jadi Viral

Lan Pet Pet Selamatkan Mangsa Kemalangan jadi Viral. Tindakan pelakon dan ahli kumpulan lawak Senario menjadi viral di laman sosial hari ini setelah beliau sanggup membantu mangsa kemalangan jalan raya. Sikap murni Lan ini sempat dirakam oleh orang ramai yang berada ditempat kejadian.

Menurut status Facebook, Fairuz Arsha, Lan sanggup memberhentikan keretanya di tengah jalan semata-mata untuk membantu mangsa kemalangan. Walaupun dari arah yang bertentangan, dia sanggup membahayakan diri dengan berlari untuk menolong mangsa.

Rata-rata pengguna laman sosial memuji tindakan Lan ini kerana walaupun bergelar artis, beliau tidak membataskan diri untuk membantu orang lain.



Harap-harap kita pun macam ni jugak. Hulurkan bantuan dan bukan hanya menjadi penonton disebalik cermin kereta.

Artikel sebelum ini: Michelle Yeoh Bakal Berkahwin

0 comments:

Post a Comment