Biodata Erwin Dawson. Pelakon kacak ini merupakan seorang lagi anak seni kelahiran Singapura. Erwin Dawsom mula dikenali selepas membintangi drama terbaharu Slot Samarinda, Bencinta, di Tv3.
Populariti dan kejayaan beberapa artis Singapura seperti Aaron Aziz, Alif Aziz, dan Shah Iskandar mendorong Erwin untuk mencuba nasib di Malaysia.
Kalau nak tahu, Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson merupakan kacukan Melayu-New Zealand.
Berbekalkan bakat dan wajah yang dimilikinya, tidak mustahil Erwin akan menempa nama dan berjaya suat hari nanti.
Profil ringkas Erwin Dawson
Nama Komersial : Erwin Dawson
Nama Sebenar : Mohamed Erwin Shah Evan Dawson
Umur : 26 Tahun (2015)
Tarikh lahir : 11 Mei 1989
Kelahiran : Singapura
Keturunan : Melayu dan New Zealand
Pencapaian : Pemenang Anugerah Skrin 2010 Anjuran Mediacorp Suria
Pendidikan : -
Kerjaya : An Actor, Singer, Emcee, Host, Voice Actor, Impressionist, Model
Drama : Bencinta, (Tetangga, Maya, Anak Metropolitan, Tuan Haji, Bukalah
Pintu Hatimu dan Remy & Jin Hee. - Singapura), Isteri Separuh Masa,
Pesona Kasih, Sekilas Cinta, Warna Cinta Impian, Di Luar Garisan, 9
Nyawa dan Dunia Generasi Baru
Telefilem : Aku Tunggu Kau Ni
Filem : Warna Cinta Impian, Cinta Kura Kura
Vokali kumpulan Bunkface, Sam, 27, yang baru diijab kabulkan dengan isterinya, 28, memilih pedalaman Thailand iaitu Ko Tao, sebagai lokasi berbulan madu. Sam memberitahu, lokasi tersebut dipilih isterinya sendiri selepas dicadangkan oleh rakan-rakan mereka. "Isteri saya yang memilih lokasi Pulau Ko Tao selepas rakan- rakan mencadangkan tempat itu. Lagipun kami memang sukakan sesuatu yang mencabar dan Pulau Ko Tao memang kena dengan jiwa kami," katanya. Menurut Sam lagi, dia dan isteri lebih gemar alam semulajadi dan keindahan pantai dari kotaraya popular. Tambah Sam, ini merupakan lokasi bulan madu mereka yang pertama dan dia akan membawa isterinya ke United Kingdom pula pada akhir tahun nanti. Artikel sebelum ini: Hanya NamaMu - Single Pertama Caliph Buskers
Hanya NamaMu Single Pertama Caliph Buskers. Selepas mencipta nama di pentas Anugerah Juara Lagu, kumpulan yang dianggotai Orang Kurang Upaya (OKU), Caliph Buskers kini mempunya single mereka sendiri iaitu Hanya NamaMu. Secara jujurnya, lagu yang dicipta oleh KRU Musics ini memang sedap didengar. Lirik dan melodinya sangat menyentuh hati. Sesiapa sahaja pasti akan jatuh cinta jika pertama kali mendengarnya. Bedasarkan lirik Hanya NamaMu ini, ia berkonsepkan ketuhanan selain diselitkan dengan perjalanan seni kupulan itu sendiri. Siapa sangka, dari pemuzik jalanan, Caliph Buskers berjaya memukau penonton di pentas AJL dan kini memiliki lagu mereka sendiri. Muzik video Hanya NamaMu ini juga unik kerana ia dimulakan dengan Bismillah.
Muzik Video 'Sayangi Dirimu' Fazura. Anda dah tengok belum muzik video artis jelita, Nur Fazura, iaitu Sayangi Dirimu? Daripada seorang pelakon, pengacara, model, kini Nur Fazura melebarkan sayapnya untuk bergelar seorang penyanyi. Muzik video Sayangi Dirimu telah dipertontonkan kepada umu menerusi lama Youtube. Bait-bait lirik single pertamanya iti jelas membawa mesej positif. Lagu itu menceritakan lumrah menjadi seorang 'public figure' dan perlu menepis segala tomahan masyarakat. Sebagai seorang selebriti pasti ada dugaan serta zaman kejatuhan. Artis perlu kuat dan tabah serta percaya kepada diri sendiri.
Korang tengok lah sendiri video klip Sayangi Dirimu ni. Cinematography memang cun! Fazura pun cantik habis!
Tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sememangnya dunanti para ulat buku kerana inilah masanya untuk mendapatkan buku dengan harga murah. Jualan pesta buku ini akan bermula pada 24 April hingga 3 Mei 2015, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bagi anda yang mempunyai Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M), anda boleh menggunakannya di pesta buku itu nanti.
Selepas dilanda kontroversi cinta putus di tengah jalan dengan Emma Maembong, Zizan Razak, 31, tiba-tiba mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis sekampungnya Jun ini. Zizan memberitahu dia mula mengenali gadis sekampungnya yang berusia 24 tahun itu sejak dua bulan lalu.
"Ya, saya akan berkahwin dengan gadis pilihan saya dari Terengganu. Dia bukanlah selebriti dan namanya, biarlah rahsia dulu."
Pelakon Cicakman ini menergaskan dia akan berkahwin bukan untuk elak kontroversi, tetapi kerasa usianya yang semakin meningkat.
"Saya bukan lari dari kontroversi tetapi diusia 31 tahun ini, sudah tiba masanya untuk saya berkahwin dan mempunyai anak."
Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya berkahwin dan lihat cucu-cucu mereka," katanya.
Bakal Isteri 'natural beauty'
Zizan memaklumkan, gadis pilihannya memiliki kecantikkan semulajadi dan tidak perlu solekkan tebal untuk kelihatan cantik.
Malah, sikapnya yang pandai mengambil hati ibu bapa Zizan membuatkan hati pelakon itu tertambat. Sekaligus merawati hatinya yang luka.
Kelab gergasi Eropah, Liverpool melancarkan jersi/kit terbaru tajaan New Balance bagi saingan musim 2015/16. Tajaan kali pertama New Balance ini menampilkan warna merah iaitu warna rasmi Liverpool untuk perlawanan (home). Manakala warna hitam dengan garisan merah untuk perlawanan (away).