Sinopsis Eksperimen Cinta di Tv3. Stesen nombor satu negara sekali lagi membawakan sebuah drama bersiri menarik bertajuk EKSPERIMEN CINTA buat tontonan anda sekeluarga. Drama yang bakal menghiasi Slot Dahlia ini menggandingkan Fahri Ahmad dan Izreen Azminda sebagai pelakon utama.

Eksperimen cinta merupakan sebuah lagi drama bersiri yang diadaptas dari novel popular dari tajuk yang sama karya Anjell. Drama terbitan Zeel Production yang diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe ini turut dibintangi Sherry Ibrahim, Ammar Alfian Aziz, Mira Filzah, Faye Kusairi, Mimi Lana, dan ramai lagi.



Drama 17 episod ini bakal bersiaran mulai 13 Jun 2015 setiap Sabtu dan Ahad, jam 7pm di Tv3.

Sinopsis Drama Eksperimen Cinta

Tengku Aaron Shah sudah mula tertarik dengan Damia Farisha ketika mula-mula melihat wanita itu. Tanpa diduga, dia mengugut Damia supaya menerima lamarannya. Hakikatnya perkahwinannya itu haya untuk mengaburi mata keluarga terutama kembarnya, Tengku Andrean yang dianggap telah merampas kekasihnya, Seri.

Aaron ingin membuktikan yang dia juga boleh hidup bahagia. Kehidupan Aaron dan Damia berubah setelah berkahwin. Rasa cemburu menguasi diri. Kehadiran Salmu yang menuduh Tengku Aaron menghamilkannya mengganggu kebahagiaan pasangan ini. Namun bagi Damia, selagi Lafaz talak tidak terucap, selagi itu dia akan menjaga maruah suaminya.
Terima kasih kerana membaca Sinopsis Eksperimen Cinta di Tv3

Baca novel Langit Cinta Online. Pengarah berbakat, Osman Ali telah mencipta satu kelainan dalam industri perfileman negara. Jika sebelum ini kita sering dilambakkan dengan filem dan drama yang diadaptasi dari novel cinta, kini lain pula ceritanya. 

Kali ini novel Langit Cinta ditulis berdasarkan filem dari tajuk yang sama yang bakal ditayangkan pada akhir tahun ini. Menurut Osman Ali, walaupun penonton sudah tahu jalan cerita Langit Cinta selepas membaca novel, ini tidak bermaksud mereka tidak akan menonton filem. Bahkan cara ini dapat menarik minat mereka untuk melihat watak-watak secara visual. 



Novel Langit Cinta ditulis oleh Damya Hanna.

Sinopsis novel Langit Cinta

Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh dan taat kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Khadijah. 

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu. Alif terpaksa meninggalkan Khadijah sementara untuk ke bandar atas suatu urusan. Khadijah setia menunggu Alif, namun suami yang dicintainya itu tidak pulang ke pengakuannya.

Walaubagaimanapun Khadijah setia dan tabah menunggu kepulangan Alif. Rupa-rupanya Alif kemalangan dan dia hilang ingatan, apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Alif dapat mengingat semula tentang isterinya Khadijah? Bagaimana pula dengan nasib Khadijah? Adakah Khadijah akan berputus asa menanti kepulangan Alif dan menerima lamaran orang lain?


Novel Langit Cinta Bab 1 Hingga 18

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9 
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
sumber: ilhamkarangkraf

 Terima kasih kerana membaca Baca Online Langit Cinta Bab 1 Hingga 18

Artikel sebelum ini: Gambar Bruce Jenner Sebagai Caitlyn Jenner

GAMBAR Bruce Jenner sebagai Caitlyn Jenner. Bintang realiti TV dan bekas atlet Olimpik, Bruce Jenner yang telah menukar jantina kepada seorang wanita mendedahkan nama barunya sebagai Caitlyn Jenner. Caitlyn membuat penampilan pertamanya di muka depan majalah popular, Vanity Fair.

Tajuk utama majalah edisi Jun itu bertajuk "Call me Caitlyn' menunjukkan ia merupakan kehidupan baharu yang akan ditempuhi Caitlyn.

Melalui sebuah video di laman web majalah itu, bintang Keeping Up with The Kardashians ini berkata,

"Bruce sentiasa bercakap bohong, Caitlyn tidak mempunyai sebarang rahsia. Sebaik sahaja muka hadapa Vanity Fair diedarkan, saya bebas," katanya.


Dalam sesi temuramah muka depan majalah yang diadakan di Malibu, California, Caitlyn berkata dia akan menyesal seumur hidup jika tidak melakukan perkara ini.

"Jika menyembunyikan perkara ini hingga ke akhir hayat, saya akan menyesal seumur hidup," katanya.

Tidak bermula dengan 'K'

Caitly kemudian berseloroh kenapa namanya tidak bermula dengan huruf 'K' merujuk kepada huruf pertama anak-anak tirinya, Kim, Kourtney, dan Khloe, serta anak kandungnya Kendall dan Kylie. Dia menambah, "Caitlyn adalah Jenner, tanpa campuran Kardashian."

Keluarga Kardashian-Jenner
Selain itu, Caitlyn turut membuka sebuah akaun Twitter sebagai @Caitlyn_Jenner menyebut,

"Saya amat gembira selepas berjuang untuk kihidupan sebenar ini. Selamat datang ke dunia baharu."
Artikel sebelum ini: Video Nazmi Faiz Meludah Jadi Viral

Video Nazmi Faiz meludah jadi viral. Tindakan pemain muda kebangsaan, Nazmi Faiz mansor meludah ke arah pemain Timor late pada aksi sulung skuad bawah 23 Sukan Asia kini menjadi viral. Lebih memburukkan lagi keadaan, dia dilayangkan kad merah di atas kelakuannya itu.

Padlock atau mangga cinta di jambatan Paris akan ditanggalkan. Pihak berkuasa bandaraya Paris akan menanggalkan sejuta mangga cinta di jambatan Pont de Arts sekaligus melenyapkan tradisi pelancong yang datang ke bandar itu.

Biodata Raysha Rizrose. Nama Raysha Rizrose mula menjadi sebutan selepas memenangi Dewi Remaja 2014/15 baru-baru ini. Walaupun baru berusia 19 tahun, ternyata Rasysha memiliki auranya yang tersendiri sehinggakan mampu mengalahkan peserta lain yang jauh lebih senior darinya.

Lebih menarik, Raysha merupakan adik tiri kepada Nelyda dan Uqasha Senrose. Tidak ramai yang tahu tentang perkara ini sehinggalah dia nobatkan sebagai juara. Nampaknya kemenangannya bukanlah disebabkan populariti kakaknya. Tambahan pula, pertandingan ini bergantung kepada juri dan bukan undian peminat.


Mari kita kenal dengan lebih dekat lagi siapa Raysha Rizrose ini.

Biodata

Nama penuh: Farza Naquraisha Binti Mohd Fariz
Tarikh lahir: 22 Jun 1996
Umur:19 tahun (2015)
Asal: Subang Jaya, Selangor
Kalau korang minat dengan Raysha ni, boleh ikuti perkembangannya melalui laman sosial:

Facebook Raysha Rizrose: https://www.facebook.com/raysharizroseofficial
Twitter Raysha Rizrose: https://twitter.com/raysharizrose
Instagram Raysha Rizrose: https://instagram.com/raysharizrose
Keek Raysha Rizrose: https://www.keek.com/profile/raysharizrose
Email Raysha Rizrose: farzanaquraisha@yahoo.com

Terima kasih kerana membaca biodata Raysha Rizrose ini.

Artikel sebelum ini: Lagu Tema Dia Isteri Luar Biasa

Lagu tema Dia isteri Luar Biasa - Potret. Nampaknya ramai juga yang tengok drama terbaharu di Slot Akasia iaitu Dia Isteri Luar Biasa. Ternyata penonton Malaysia masih gemarkan drama yang bertajuk 'isteriku' dan 'suamiku' ataupun drama yang berkonsepkan cinta selepas kahwin.