Selepas dilanda kontroversi cinta putus di tengah jalan dengan Emma Maembong, Zizan Razak, 31, tiba-tiba mengumumkan bakal berkahwin dengan gadis sekampungnya Jun ini.

Zizan memberitahu dia mula mengenali gadis sekampungnya yang berusia 24 tahun itu sejak dua bulan lalu.


"Ya, saya akan berkahwin dengan gadis pilihan saya dari Terengganu. Dia bukanlah selebriti dan namanya, biarlah rahsia dulu." 

Pelakon Cicakman ini menergaskan dia akan berkahwin bukan untuk elak kontroversi, tetapi kerasa usianya yang semakin meningkat.


"Saya bukan lari dari kontroversi tetapi diusia 31 tahun ini, sudah tiba masanya untuk saya berkahwin dan mempunyai anak."

Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya berkahwin dan lihat cucu-cucu mereka," katanya.

Bakal Isteri 'natural beauty'

Zizan memaklumkan, gadis pilihannya memiliki kecantikkan semulajadi dan tidak perlu solekkan tebal untuk kelihatan cantik.

Malah, sikapnya yang pandai mengambil hati ibu bapa Zizan membuatkan hati pelakon itu tertambat. Sekaligus merawati hatinya yang luka.

Berkaitan: Zizan dan Emma Maembong Sah Putus Cinta

Zizan akan pulang ke kempung untuk menguruskan urusan merisik dan meminang tidak lama lagi.

sumber: BH


Artikel sebelum ini:  Jersi Terbaru Liverpool dari New Balance

Kelab gergasi Eropah, Liverpool melancarkan jersi/kit terbaru tajaan New Balance bagi saingan musim 2015/16.

Tajaan kali pertama New Balance ini menampilkan warna merah iaitu warna rasmi Liverpool untuk perlawanan (home). Manakala warna hitam dengan garisan merah untuk perlawanan (away).


Untuk memperkenalkan kit terbaru itu, pemain Liverpool akan menggayakannya pada hari Jumaat. 


Artikel sebelum ini:  Jangan Guna Slogan Kita Lawan dalam Sukma 2014 - Sulta Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang Exco Sukan Negeri Selangor menggunakan slogan 'Kita Lawan' untuk kontinjen Selangor dalam Sukan Malaysia 2016.

Ini kerana baginda khuatir slogan itu akan menimbulkan kekeliruan kerana 'Kita Lawan' digunakan oleh sebuah parti politik.

"Beta bimbang jika rakyat salah faham dan menganggap kontinjen Selangor cuba mencampur aduk antara sukan dan politik.

"Adalah lebih baik jika kontinjen Selangor menggunakan slogan yang lebih menaikkan semangat dan tidak mempunyai kontroversi," titah baginda.

Berikutan teguran Sultan Selangor, Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor, Amaruddin Shari menjelaskan pemilihan slogan itu masih belum ditetapkan.

"Slogan 'Kita Lawan' itu cuma cadangan, namun ia telah dianggap seperti sudah ditetapkan selepas tersebar kepada media," katanya.

Menurut Amaruddin lagi, pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor untuk menetapkan slogan yang sesuai dan mempunyai semangat juang tinggi.


Artikel sebelum ini: Mat Yo Pindah Bukan Sebab Gaji - B.Sathianathan
Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) nafi faktor kelewatan pembayaran gaji dorong perpindahan penyerangnya, Noshahrul Idlan Talaha ke Terengganu. Sebaliknya ia atas kehendak pemain itu sendiri.

Kelewatan pembayaran gaji menjadi antara isu yang sering melanda persatuan persatuan bola sepak tanah air. Tidak terkecuali, ATM turut terpalit dengan perkaran sama. Sekaligus menjadi punca mengapa Norshahrul Idlan membuat keputusan untuk berhijrah ke Terengganu.

Namun menurut B. Sathianatan Isu gaji tidak sepatutnya timbul kerana semua pemain sudah diberikan penerangan mengenai situasi sebenar.
Mat Yo pindah ke Terengganu

B.Sathianathan akui perpindahan pemain harapannya ke Terengganu adalah satu kehilangan besar buat pasukannya. Namun dia terpaksa melepaskan pemain itu bagi memberi peluang kepada Mat Yo mengembangkan kerjaya sebagai pemain bola sepak bersama pasukan lain.

"Saya perlu fikir masa depan seorang pemain, saya terpaksa akur jika dia ingin berpindah ke pasukan lain.," katanya.


Artikel sebelum ini:  Biodata Syarul Ridzwan
 
Biodata Syarul Ridzwan. Pelakon kacak, Syarul Ridzwan semakin mendapat tempat dihati peminat drama Melayu. Syarul sebelum ini pernah membawa watak utama drama bersiri Romi Cinta Julia di Tv3.



Perjalanan seni Syarul bermula selepas mendapat tempat ketiga Hero Remaja 2012 yang pada tahun itu dimenangi Fattah Amin. 


Syarul membuktikan kepada semua bahawa dia bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik, namun turut berbakat dalam bidang lakonan. Kini Syarul sering diberi watak utama dalam drama sehinggakan beliau diberi kepercayaan untuk memegang watak Tengku Aril dalam Drama Hati Perempuan di Slot Akasia.

Biodata Penuh Syarul Ridzwan Pelakon Hati Perempuan

Nama penuh: Mohd Saharul Ridzwan Hashim
Nama Popular: Syarul Ridzwan
Tarikh Lahir: 24 Januari 1989
Umur: 26 tahun (2015)
Agama: Islam
Asal: Kuantan, Pahang
Alamat Terkini: Kuala Lumpur
Kerjaya : Model, Pelakon dan Pengacara
Hobi: Pelihara Kucing
Pendidikan: Diploma in Aircraft Maintenance Technology
Tinggi: 179cm
Berat: 72 Kg
Pencapaian: Mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Hero Remaja 2012
Drama/ Telefilem: Kabin Di Tepi Tasik, Laila Majnun, Untuk Bonda, Cinta Mat Semperit, Sirna, Kata Samseng, Titisan Keinsafan, Yibbie, You Mr. Arrogant Raya, Raya, Opps Terlebih Pulak, Klon Ustaz, Kisah Cinta, Hujan Azaril, Cinta, Maskara, Love You Mr. Arrogant, Sweetheart Fantasia, Tanah Kubur, Romi Cinta Julia, Kifarah, Cepat, Fajar Aiman, Berlima Ramadan, Hati Perempuan 2015


Artikel sebelum ini: Najib Tidak Jawab Sebab Hormat Tun M

Kebelakangan ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sering mengkritik pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun, sehingga kini Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan berdiam diri.


Ramai yang beranggapan sikap membisu Najib terhadap semua serangan Tun M terhadapnya adalah kerana beliau masih hormat akan bekas Perdana Menteri itu.

Artikel berkaitan: Duit BR1M adalah Kesilapan Besar: Tun M

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsan Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sikap berdiam diri lebih baik, jika tidak keadaan bakal jadi lebih keruh.

"Saya fikir Najib tidak menjawab kerana Tun M banyak berjasa kepadanya dahulu. Kritikan Tun M terhadap Najib berunsur peribadi yang berlaku diantara mereka.

"Namun, jika ia melibatkan rakyat, Najib perplu menjawab jika tidak ia bakal menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang Perdana Menteri." katanya.




Tun M sebelum ini lantang menyerang Najib berkenaan pembunuhan Altantuya, 1MDB, dan Nasib BN melalui blognya, chedet.cc


Artikel sebelum ini:   Kevin Zahri Ingin Bantu Abam Bocey

Populariti ahli kumpulan Bocey, Abam, kini sedang memuncak selepas memenangi kategori Artis Komedi Lelaki Paling Popular Anugerah ABPBH2015.

Malah, tagline "Gemuk Is Awesome" juga menjadi trending di laman sosial. In kerana Abam tidak pernah malu dan membuktikan individu yang berbadan besar juga boleh berjaya.

Tagline 'Gemuk Is Awesome' itu mendapat perhatian Pakar Pemakanan dan Kecergasan terkenal, Kevin Zahri, yang sedia membantu Abam untuk hidup lebih sihat.

Kevin melalui laman Facebooknya berkata:

Hmmm kalau ikut personally, saya tak suka komen isu berkaitan orang lain tapi kerana ia berkaitan kesihatan and yes, my work dan mana lah tahu post ini boleh membantu orang lain termasuk lah Abam Bocey suatu hari ini, insyallah, i shall give you my opinion.
Walaupun ramai yang lihat hashtag tersebut sebagai negatif, it does shine a light on the topic of obesity itself – any kind of publicity is good publicity, no? 

Apa2 pun when i look at kedudukan Abam Bocey, it reminds me of allahyarham Bob Kuman yang juga membina nama sebagai pelakon/penghibur berbadan besar. Allahyarham berhubung dan berjumpa dengan saya untuk kurangkan berat badan dalam 1 tahun sebelum kembali ke rahmatullah tapi pada masa tersebut keadaan kesihatan dah pun mengganggu pergerakan dan gaya hidup beliau. Abam Bocey, walaupun masih muda, faces a different challenge.

Seorang selebriti sentiasa berdepan dengan tekanan to live up to expectation masyarakat. Tak kisah if you are Angelina Jolie, Abam Bocey or even Kevin Zahri. Once seseorang membina nama di atas penampilan tertentu, there is always pressure to kekalkannya. Itu yang membimbangkan saya untuk Abam Bocey – katakan lah beliau ingin berubah 5-10 tahun dari sekarang. The pressure of expectation or mengecewakan peminat mungkin menjadi penghalang yang terbesar – lagi2 sebagai pengasas hashtag #gemokisawesome.

Ok now, tidak perlu bercakap panjang tentang kelebihan atau kekurangkan gemok, gemuk, obes, fit dll. Soalan is bagaimana nak membantu orang yang (kita rasa) bermasalah? Secara pendek: you can’t. Ia adalah pilihan masing2. Yes kita boleh lead by example, beri nasihat dll tapi at the end of the day, ia adalah pilihan dan hak individu. Itu pun kunci kejayaan program JK1M: peserta join voluntarily dan sememangnya ingin berubah.
BUT sebagai rakan senegara, sekaum or seagama (pilih lah mana yang anda suka), saya juga ingin membantu….

So my sincere offer kepada Abam Bocey, mana2 selebriti tanah air, dan para pembaca di sini: pada waktu dan masa yang anda ingin mengubah gaya hidup (tak kira bila), saya dan keluarga JK1M sedia untuk membantu anda, insyallah.

Ramai juga yang berharap supaya Abam mengikuti kelas bersama Kevin dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Artikel sebelum ini:  Van Gaal Ingin Jual Van Persie


Percayalah Abam, gemuk atau kurus, Abam tetap awesome!