Wanita Tampal Pelekat Kereta #TangkapNajib Ditahan

sticker #tangkapnajib


Wanita tampal stiker kereta #TangkapNajib ditahan | Seorang wanita disoal siasat pihak polis kerana telah menampal pelekat berbaur hasutan #TangkapNajib pada kereta. Wanita dari Sarawak itu telah stiker itu ditampal pada cermin belakang kereta jenis Hyundai Elantra.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Ahmad Bek, pegawainya terserempak dengan kenderaan itu sewaktu membuat rondaan di Jalan Kulas, Kuching.

"Kira-kira jam 3 petang semalam, beberapa orang anggota polis terserempak dengan kereta yang mempunyai pelekat yang mencurigakan di tepi jalan.

"Setelah melakukan pemeriksaan, mereka mendapati pelekat #TangkapNajib terdapat di cermin belakang kereta berkenaan," katanya.

Wanita tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu mengaibkan dan menghasut orang ramai.

Wanita berkenaan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Roslan turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mempamerkan pelekat seumpamanya pada kenderaan.

kredit: FMT

1 comment:

  1. ada dgr cerita sal tindakan akan diambil kalau tampal sticker tuh..

    eh sy ada pm kat fb nak tanya sal hatyai..

    ReplyDelete